PENGENALAN PSSKSR
Sejarah PSSKSR
Sekolah ini
mula dibina pada tahun 1998 dan siap pada tahun 1994. Guru besar yang pertama
adalah Encik Abdul Hamid bin Arshad. Seramai 74 orang murid memulakan persekolahan
di sini yang terdiri daripada murid-muird tahun 1, 2 dan 3 dengan 6 orang
tenaga pengajar. Pusat sumber sekolah ini terletak di tingkat 3 dengan keluasan tiga bilik. Di sini terdapat beberapa
ruang seperti ruang bacaan, ruang kerja, sudut pinjaman, sudut komputer serta
bilik tayangan.
Pusat Akses
Komputer ditempatkan di blok bersebelahan pada tahun 2007. Pusat sumber SKSR
ini mempunyai bilik tayangan dan bilik bahan bantu mengajar disebelah
perpustakaan.
Pusat sumber SKSR mempunyai struktur pembinaan yang teratur. Bahagian pembangunan sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjadikan struktur ini sebagai landasan bertujuan mewujudkan sistem struktur bangunan yang standard mengikut kehendak perkembangan semasa. Oeh yang demikian, Bilik PSS SK Seri Relau dibina merangkumi Bilik Perpustakaan, Bilik tayangan, bilik ABM yang dibina satu aras dan saling bersebelahan antara satu sama lain bagi memudahkan pengendalian dan penggunaan bilik-bilik khas ini.
MISI
DAN VISI PUSAT SUMBER SKSR
VISI PSSKSR
Pusat
Sumber Sekolah
menjana
kecemerlangan
Sekolah Kebangsaan Seri Relau
MISI PSSKSR
Menjadi sumber ilmu untuk meningkatkan kecemerlangan melalui aktiviti yang selaras dengan perkembangan pendidikan malaysia serta komited dalam mencungkil dan mengembangkan bakat yang sedia ada pada diri murid melalui pendekatan JERIS dan rela menerima arus perubahan ict merentasi kurikulum tanpa membelakangkan nilai-nilai moral
MATLAMAT
DAN OBJEKTIF
MATLAMAT
i. Mempertingkatkan
mutu pendidikan di Sekolah
ii. Membantu
mempertingkatkan profesionalisme guru-guru agar lebih berilmu, dinamis, kreatif
dan inovatif.
iii. Membentuk
golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisiplin serta
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
i.
Menyediakan kemudahan alat dan
bahan (perkakasan dan perisian) untuk membantu guru dan pelajar melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
ii.
Menyediakan bahan-bahan yang
sesuai bagi memupuk minat membaca dan belajar sendiri di kalangan pelajar.
iii.
Mewujudkan satu iklim atau
suasana yang boleh menggalakkan perubahan sikap di kalangan guru dan murid dari
segi kaedah pengajaran yang berbagai dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan
pelajar.
iv.
Meningkatkan mutu pengajaran guru
dan taraf pencapaian pelajar.
PIAGAM
PSS SEKOLAH
No comments:
Post a Comment