Ibu Bapa/ Penjaga
Tuan / Puan ,
Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Seri Relau
Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa
anak tuan/puan telah ditawarkan sebagai Pengawas
Pusat Sumber Sekolah Sekolah Sesi 2016.
2. Untuk
makluman pihak tuan, pakaian seragam
pengawas sekolah adalah seperti berikut:-
Pakaian Pengawas Lelaki:
Kemeja Lengan Panjang Kuning (Cerah), Seluar coklat tua, kasut dan
stokin hitam
Bertali Leher coklat tua
Berlogo Sekolah (Boleh dapat di
sekolahdengan harga RM7)
Pakaian Pengawas Perempuan
(Islam) :
Baju Kurung Kuning (Cerah), Berkain coklat tua, kasut dan stokin Hitam
dan Bertudung Kuning (Cerah).
Pakaian Pengawas Perempuan
(Bukan Islam):
Baju Kemeja kuning (cerah)
lengan panjang, skirt pendek / panjang
coklat tua, kasut dan stokin hitam dan Bertali Leher coklat tua berlogo sekolah (Boleh dapat di sekolah dengan harga RM7
Vest ( boleh dapat di sekolah
dengan harga RM35)
2. Sehubungan itu, kami
memaklumkan bahawa anak / anak jagaan tuan / puan telah memenuhi kriteria
pemilihan Pengawas Pusat Sumber
Sekolah bagi tahun 2016.
Oleh yang demikian kami memohon jasa baik pihak tuan/puan bagi melengkapkan
borang kebenaran (Borang Pengawas 1)
yang telah dilampirkan dan diserahkan semula kepada Guru Pusat Sumber dan
Media, Cik Mangalam pada 18 November
2015. Kegagalan
menyerahkan borang tersebut pada masa yang ditetapkan dianggap menolak tawaran
ini.
3. Kerjasama pihak tuan/puan dudahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,,
( puan norsilawati binti ishak)
Guru Besar
Sk Seri Relau
AKU JANJI PENGAWAS
Bahawa saya, ……………………………………………….
No. Kad pengenalan ………………...................... yang sedang belajar dalam Tahun
………….......
dengan
sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi segala peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah terhadap saya iaitu bahawa saya;
i.
akan mematuhi
peraturan-peraturan sekolah,
ii.
akan datang lebih awal
daripada biasa, sekurang-kurangnya 20 minit sebelum loceng pertama dibunyikan,
iii.
akan akur jika terpaksa
pulang lewat sedikit daripada murid-murid lain,
iv.
akan hadir pada waktu petang
bila diarahkan,
v.
akan menjalankan tugas dan
tanggungjawab yang amanahkan dengan jujur, bersungguh- sungguh dan cekap.
vi.
akan menjaga nama baik
sekolah amnya dan jawatan saya sebagai Pengawas PSS sekolah ini khasnya,
Saya sesungguhnya
faham jika saya didapati melanggar peraturan-peraturan sekolah serta Aku Janji
ini, saya boleh dikenakan tindakan sehingga kepada pemecatan saya sebagai
Pengawas PSS sekolah ini.
Tanda tangan murid,
………………………. Tarikh: ……………….
……………………………………………………………………………………………………..
AKUAN
IBU/BAPA/PENJAGA/WARIS
Saya
……………………………………………………………………. Ibu bapa/Penjaga/Waris kepada…………………………………………………………… kelas
……………………….. memahami aku janji di atas.
Oleh itu, saya akan bekerjasama dan memberi dorongan kepada anak saya dalam
melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya. Sekiranya anak saya
melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di dalam aku
janji di atas, saya bersedia menerima tindakan yang akan diambil ke atas anak
saya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.
Tanda tangan
ibu/bapa/ penjaga / waris,
………………………………………….. Tarikh …………..
Contoh Pakaian Pengawas PSS
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDelete