KEPERLUAN
PERLU DIBAWA SETIAP PESERTA
1. Sepasang Kasut Sukan & Sarung Kaki
2. Sepasang Kasut Kalis Air
3. 1 Pasang Selipar
4. Pakaian sukan / riadah ( bilangan mengikut kesesuaian untuk 2 hari 1
malam)
5. Pakaian solat (Pelajar beragama Islam)
6. Jam tangan
7. Tilam angin / toto & Bantal
8. Alat tulis
9. Keperluan persendirian (seperti ubat-ubatan peribadi, sabun
mandi, berus gigi, tuala mandi, kain/ seluar basahan dll)
10. Lampu picit (jika ada)
DILARANG
MEMBAWA/ MENGGUNAKAN SEMASA KURSUS
1. Radio kaset/ Walkman
2. Telefon bimbit
3. Rokok/ Dadah
4. Barang kemas
5. Peralatan tajam/ senjata (semua jenis
pisau, gunting dll)
6. Baju T bercorak/ Bergambar tidak sopan
7. Baju T bergambar tulisan slogan parti/ kumpulan tertentu
yang tidak berkaitan dengan aktiviti sekolah
8. Seluar 'Jeans'
9. Seluar yang telah diubahsuai
(dikoyakkan/ dipendekkan/ ditampal)
10. Kaset/ Risalah/ Poster/ Akhbar/ Bahan bacaan terbitan Parti
Politik/ Kumpulan tertentu
PERATURAN
KEM KEPIMPINAN
A.PERATURAN
AM
• Patuh
kepada semua peraturan yang termaktub dan arahan yang dibuat dari semasa ke
semasa
• Tidak dibenarkan keluar dari kawasan
kem
• Mesti mengikuti semua aktiviti
• Sentiasa menepati masa atau lebih
awal sebelum aktiviti bermula
• Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
• Kesopanan tutur kata dan tingkahlaku
• Kebersihan tanggungjawab bersama
• Sentiasa merujuk kepada Kem
Komanden/Urusetia Seminar/Fasilitator
• Menggunakan
segala kemudahan yang terdapat di kawasan km dengan rasa penuh bertanggungjawab
B.TATACARA
KURSUS/ AKTIVITI
• Mesti mengikuti semua aktiviti dengan
perhatian
• Memberikan kerjasama dan melakukan
aktiviti dengan semangat
• Hadir lebih awal sebelum aktiviti
bermula
C.PAKAIAN
• Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
• Riadah :Pakaian PJ
• Aktiviti lain :Sesuai, kemas dan
sopan
D.DISIPLIN
PESERTA
• Kesedaran peserta akan keperluan
menjaga disiplin diri
• Disiplin diri adalah tanggungjawab
individu dan kumpulan
• Mematuhi peraturan secara sukarela
E.KESELAMATAN
PESERTA
• Keselamatan diri adalah tanggungjawab
sendiri
• Sensif dengan sesuatu aktiviti
• Bijak bertindak semasa kecemasan
• Pelawat
terdiri daripada ibu bapa sahaja dan hendaklah memohon kebenaran daripada
urusetia terlebih dahulu
F.KECEMASAN,
KECEDERAAN DAN SAKIT
• Maklumkan
kepada Urusetia/ Kem Komanden/ Fasilitator/ guru pengiring masalah
kesihatan anda
G.PENGINAPAN
• Jaga kebersihan, kekemasan dan
keselamatan
• 'Zero vandalisme' - kerosakan
tanggungjawab peserta
• Menginap/ tidur dalam bilik yang
ditetapkan
• Tidak dibenarkan bertukar bilik
• Awasi kawasan larangan (kawasan bilik
lain jantina)
H.WAKTU
MAKAN/ MINUM DAN ADAB
• Seperti dalam jadual yang diberikan
• Tertaluk kepada pindaan
• Berbaris dan tunggu giliran
• Usah berebut-rebut
I.KESELAMATAN
HAK MILIK PERIBADI
• Keselamatan hak milik/ peralatan
adalah menjadi tanggungjawab peserta
• Pihak
urusetia dan pengurusan Kem tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku
kehilangan, kerosakan, kecurian dan sebagainya
No comments:
Post a Comment